Hafiz Hashim: Zii Jia perlu mula dari kosong, kekal profesional
Bekas pemain perseorangan negara Hafiz Hashim berkata Lee Zii Jia perlu kekal sebagai pemain profesional dan bersedia bermain kejohanan lebih rendah daripada Super 100 untuk memulihkan prestasinya. Beliau berkata tiada jalan pintas selepas Zii Jia tewas di pusingan 32 Terbuka Vietnam kepada Wu Zhe Ying, dan menambah pemain itu tidak perlu kembali ke BAM.