Hakim Danish ke-12 di GP San Marino, kekal kelapan keseluruhan Moto3
Pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli menamatkan GP San Marino di Litar Misano di tempat ke-12 selepas bermula dari petak ke-25, mengutip empat mata. Keputusan itu menyaksikannya kekal di tangga kelapan kejuaraan dunia Moto3 dengan 94 mata menjelang GP Austria pada 20 September.