Korea Utara adakan latihan serangan besar guna peluru berpandu dan dron
Korea Utara melaksanakan latihan serangan tembakan berskala besar yang membabitkan artileri jarak jauh, peluru berpandu taktikal dan dron tempur, menurut agensi berita KCNA. Latihan itu bermula Sabtu dan berlaku selepas Korea Selatan melaporkan pelancaran peluru berpandu balistik dari kawasan Wonsan ke arah Laut Timur. KCNA tidak mendedahkan lokasi sebenar latihan tersebut.