Pendekatan Umno Kedah hanya dengan PAS didorong rasa terancam, kata penganalisis
Penganalisis berkata keinginan Umno Kedah untuk berunding hanya dengan PAS berpunca daripada rasa terancam selepas gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN lalu. Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM dan Syaza Shukri dari UIAM berkata Umno perlu mengakui kedudukannya dan berdepan cabaran besar meyakinkan PAS untuk mengutamakan mereka berbanding Wawasan.