Jamil Khir mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan libat RM860 juta TH
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan RCI Lembaga Tabung Haji. Beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan harta bernilai lebih RM860 juta kepada sebuah syarikat pembangunan hartanah, dan diikat jamin RM300,000. Jamil Khir berkata beliau akan membela diri dan menganggap prosiding itu peluang membersihkan namanya.