Malaysia, Thailand meterai PSC dan GSA baharu Blok A-18-01 di MTJDA
Malaysia dan Thailand memeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dan Perjanjian Jualan Gas (GSA) baharu bagi Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) sempena Gastech 2026 di Bangkok. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perjanjian itu menjamin kesinambungan pembangunan blok berkenaan dan menyokong keselamatan tenaga kedua-dua negara, dengan PETRONAS dan PTT terlibat dalam GSA.