Minggu depan: Inflasi dan data dagangan Ogos jadi tumpuan, termasuk keputusan bank pusat utama
Malaysia menyambut Hari Malaysia pada 16 September dengan pasaran kewangan ditutup, manakala Jabatan Perangkaan dijadual mengeluarkan Indeks Harga Pengguna pada 18 September dan statistik dagangan luar Ogos. Di mahkamah, SPRM dijangka mendakwa seorang bekas menteri berkaitan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji, perbicaraan Muhyiddin Yassin berhubung Jana Wibawa bersambung, dan Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan PKR serta Saifuddin Nasution. Di luar negara, Rizab Persekutuan AS dan Bank of England dijangka mengumumkan keputusan dasar pada 17 September.