Kebajikan & NGO di sekeliling anda
-
Zaqy: Pertubuhan Islam perlu gabung kekuatan untuk manfaat masyarakat luas
Di D'Marquee, Downtown East pada 12 September, Pemangku Menteri Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad berkata pertubuhan Islam seperti MUIS, Mendaki, SKML dan Sinda perlu bekerjasama merentas masyarakat demi manfaat bersama. Beliau bercakap di luar sambutan ulang tahun ke-85 SKML yang dihadiri Perdana Menteri Lawrence Wong. Majlis itu turut melancarkan SKML Ascend Education Fund bernilai $250,000.
-
RLAF kutip dana di 70 masjid Singapura untuk mangsa banjir Nepal-Tibet
Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) Singapura menjalankan kutipan dana di 70 masjid hingga 14 September bagi membantu mangsa banjir di kawasan sempadan Nepal-Tibet yang melanda 26 Ogos. Pemangku Menteri Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, menyeru masyarakat Islam Singapura menghulurkan bantuan selepas menyertai kutipan di Masjid Al-Istighfar pada 11 September. RLAF menyasarkan lebih $200,000 dan berkata sambutan setakat ini amat memberangsangkan.
-
Lebih 70 kanak-kanak sertai Karnival The Alphabet Project di Woodlands
Lebih 70 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menyertai edisi ketiga Karnival The Alphabet Project di Kelab Masyarakat Woodlands pada 11 September. Karnival empat jam itu menampilkan pertandingan bercerita serta bengkel sains, seni dan sukan, dengan kerjasama pelajar Politeknik Republic buat julung kalinya.