Jenayah & Keselamatan di sekeliling anda
-
Pemilik restoran sizzling Taiping didenda RM18,000 guna kalimah Allah, Muhammad tanpa sijil halal
IPOH: Seorang pemilik sebuah restoran “sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan kalimah “Allah” dan “Muhammad” di dalam premis tersebut.
-
310 kes curi kabel, vandalisme telekomunikasi dilaporkan di Perak
Sebanyak 310 kes kecurian kabel dan vandalisme rangkaian telekomunikasi dilaporkan di Perak dari Januari hingga Jun tahun ini, dengan Kinta mencatat kes tertinggi. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata 125 kes telah dituduh di mahkamah dan 67 kertas siasatan dibuka, sementara jawatankuasa keselamatan telekomunikasi negeri ditubuhkan bersama MCMC, PDRM dan pejabat penasihat undang-undang. Program kesedaran komuniti akan diadakan pada 28 September di Kinta.