Jenayah & Keselamatan di sekeliling anda
-
Lelaki tikam isteri 13 kali direman tujuh hari di Kulim
Seorang lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Lunas selepas disyaki membunuh isterinya di Taman Tiram, Hi-Tech, Kulim, direman tujuh hari bermula hari ini. Mangsa berusia 39 tahun meninggal dunia dengan 13 kesan tikaman, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-
Rumah di Kampung Baru Cendering musnah 90 peratus dalam kebakaran
KUANTAN: Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiaminya di Kampung Baru Cendering di sini hampir musnah dalam kebakaran malam tadi. Warga emas terbabit, Ismail Ali, 65, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.49 malam itu. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan ...
-
Dua bekas pekerja taska di Kuantan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuai, aniaya kanak-kanak
Dua bekas pekerja taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan cuai dan menganiayai dua kanak-kanak di sebuah taska di Taman Cenderawasih Indah. Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang. Kes disebut semula pada 26 Oktober untuk serahan dokumen.