Jenayah & Keselamatan di sekeliling anda
-
Polis buru 4-5 lagi suspek sindiket makmal dadah RM2.4 bilion di Puncak Alam
Polis sedang memburu empat hingga lima lagi anggota sindiket makmal pemprosesan dadah bernilai RM2.4 bilion di Puncak Alam, Selangor, dengan sebahagian mereka dipercayai melarikan diri ke luar negara. Makmal itu terbongkar dalam Op Eumenes pada 15 Ogos lalu, membawa kepada rampasan lebih 13 tan dadah MDMA dalam enam serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
-
Polis tumpaskan sindiket dadah RM2.4 bilion, rampas 13.17 tan di Puncak Alam
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dengan rampasan dadah bernilai RM2.4 bilion dan membongkar makmal haram di Puncak Alam, Selangor. Lima individu ditahan dalam enam siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 15 Ogos lepas.