Alam Sekitar di sekeliling anda
-
Jabatan Perikanan hantar sampel ikan didakwa pirana di Empangan Klau ke IPP Glami Lemi
PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Pahang menghantar rakaman video dan gambar ikan yang didakwa sebagai pirana perut merah (Pygocentrus nattereri) yang ditemukan di Empangan Klau, Raub kepada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi di Negeri Sembilan bagi mengesahkan identiti spesies itu.
-
Jabatan Perikanan siasat dakwaan piranha perut merah di Empangan Klau, Raub
Jabatan Perikanan Pahang sedang menyiasat dakwaan seorang pemancing yang mendakwa menangkap ikan piranha perut merah di Empangan Klau, Raub. Pegawai perikanan akan melawat lokasi minggu ini untuk mengesahkan penemuan spesies invasif yang dilarang di Malaysia itu. Kebimbangan timbul kerana ikan itu dipercayai dilepaskan secara tidak bertanggungjawab dan mungkin boleh membiak di situ.
-
Zoo Negara nafi abai keselamatan haiwan ketika banjir kilat
Zoo Negara menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan keselamatan haiwan ketika banjir kilat dua hari lalu. Timbalan Presidennya, Datuk Rosly Lana, berkata limpahan air Sungai Pandan dan Sungai Kemensah menyebabkan paras air naik sehingga 1.2 meter, tetapi tiada haiwan cedera atau mati dan kandang sudah dibersihkan.