Pengangkutan & Mobiliti di sekeliling anda
-
JPJ saman 33 pemandu kenderaan perdagangan guna lorong kanan di Plus
JPJ Selangor menyaman 33 pemandu lori dan bas kerana memandu berterusan di lorong kanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan antara Shah Alam dan Tanjong Malim. Operasi penyamaran itu turut menyita dua kenderaan berat yang dipandu warga asing.
-
Letusan Anak Krakatau: 41 penerbangan dari lapangan terbang Malaysia ke Jakarta dibatalkan
Sebanyak 41 penerbangan dari pelbagai lapangan terbang Malaysia ke Jakarta dibatalkan hari ini susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta akibat abu gunung berapi daripada letusan Anak Krakatau. Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan pembatalan tertinggi direkodkan di KLIA dengan 30 penerbangan.