Pengangkutan & Mobiliti di sekeliling anda
-
JPJ saman 33 pemandu kenderaan perdagangan guna lorong kanan di Plus
JPJ Selangor menyaman 33 pemandu lori dan bas kerana memandu berterusan di lorong kanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan antara Shah Alam dan Tanjong Malim. Operasi penyamaran itu turut menyita dua kenderaan berat yang dipandu warga asing.
-
Pemandu lori ugut bunuh diri selepas disaman JPJ Selangor di PLUS
Seorang pemandu lori berang dan mengugut mahu menamatkan riwayatnya selepas disaman dalam Ops Kenderaan Perdagangan JPJ Selangor di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh hari ini. Dua pemandu bas ekspres turut memberi alasan tidak mengetahui peraturan lorong, manakala seorang lagi mengaku memandu di lorong kanan kerana mengejar masa penghantaran.
-
Tanah runtuh berhampiran Terowong Menora: semua lorong dibuka semula
Tanah runtuh berlaku di KM263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira 2km selepas Terowong Menora, petang semalam. Lorong kiri ditutup sementara dan semua lorong dibuka semula kepada pengguna pada 7 malam selepas kerja pembersihan. Tiada kecederaan atau kerosakan harta dilaporkan, dan PLUS Malaysia serta agensi berkaitan memantau keadaan cerun.