Apa yang berlaku di sekeliling anda
-
Pembantu kedai didakwa cederakan isteri di Gong Badak
Seorang pembantu kedai alat ganti kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya pada 5 September lalu. Wan Noorazmilrullah Wan Noorabiddin, 37, didakwa mengikut Seksyen 325 dan 326A Kanun Keseksaan, dan mahkamah menetapkan 8 Oktober depan untuk serahan dokumen.
-
Anak kebun UPM bawa pasukan ke Formula SAE Japan 2026
Aliman Zafran Yuslaimi, 23, dari Subang, Selangor, bermula dengan membaiki enjin motosikal lama di kebun sawit keluarganya di Kampung Serigala, Hulu Bernam. Kini beliau mengetuai pasukan Putra Motorsport Team UPM yang menyertai Formula SAE Japan 2026 di Aichi, Jepun pada Ogos lalu.