သင့်အနီးတစ်ဝိုက်ရှိ အခြေခံအဆောက်အအုံ
-
Johor pasang 3,833 lampu jalan kampung solar di enam daerah
Kerajaan Johor akan memasang 3,833 unit lampu jalan kampung berkuasa suria di enam daerah secara berperingkat antara September hingga November. Projek bernilai RM10 juta ini melibatkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Tangkak dan Muar, dengan 500 unit tambahan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Md Israk Abdullah, meninjau pelaksanaan fasa pertama di Kampung Mensudut Lama dan Kampung Gelang Chinchin di Segamat.
-
Korban nahas 11 kenderaan di LPT bertambah kepada lima
Temerloh: Angka korban kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 31 Ogos lalu, meningkat kepada lima selepas seorang lagi mangsa meninggal dunia, petang semalam.