ข่าว อาชญากรรม & ความปลอดภัย ใน Dakoh
-
Pelancong Jerman maut terjatuh di Gunung Jasar, Cameron Highlands
Seorang pelancong Jerman berusia 58 tahun maut selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands hari ini. Mangsa terjatuh di kawasan lurah berhampiran puncak dan mayatnya dibawa turun melalui cerun berbahaya dalam operasi yang mengambil masa hampir tiga jam ketika hujan lebat.
-
Mayat lelaki hilang di Sungai Perak ditemui 4km dari lokasi
IPOH: Lelaki yang hilang ketika cuba menyelamatkan bot miliknya daripada hanyut di Sungai Perak semalam, disahkan maut selepas mayatnya ditemui hari ini.
-
Ekspedisi Trans GBB lewat lima hari keluar hutan, trek ditutup pokok rotan dan buluh
Enam pendaki ekspedisi Trans GBB (Gerah, Bilah dan Bieh) di Gunung Gerah, Kelantan, lewat lima hari keluar dari hutan kerana trek laluan ditutup pokok rotan dan buluh. Kumpulan itu, yang sepatutnya keluar pada 3 September, akhirnya selamat tiba di Kampung Agek selepas 11 hari pendakian.