FMM mahu proses kelulusan dana mikrokredit RM1 bilion dipercepatkan
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan memudahkan prosedur permohonan dan mempercepatkan kelulusan bagi tambahan RM1 bilion dana mikrokredit untuk 2026. FMM juga menyambut baik keputusan menaikkan ambang e-Invois mandatori kepada RM3 juta, sambil meminta penjelasan untuk syarikat yang telah melaksanakannya.