CelcomDigi, WLF kerjasama perkasa kemahiran teknologi wanita
CelcomDigi dan Women Leadership Foundation (WLF) mengukuhkan kerjasama untuk memperkasa bakat wanita dengan kemahiran teknologi dan kepimpinan. Perkara ini diumumkan pada program 'Future-Ready Women' di Subang Jaya sempena Hari Wanita Kebangsaan 2026, dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Nancy Shukri.