Sabah nasihat hadkan aktiviti luar apabila empat daerah catat API tidak sihat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menasihatkan penduduk, terutamanya kumpulan berisiko, untuk mengehadkan aktiviti luar berikutan kualiti udara yang tidak sihat. Kota Kinabalu mencatat bacaan API tertinggi pada 171, manakala Kimanis, Keningau dan Tawau turut merekodkan tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini.