Kualiti udara Sarawak berbahaya di 10 stesen, IPD Serian catat 406 API
Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap membimbangkan pada 10 pagi ini, dengan 10 daripada 20 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) berbahaya atau sangat berbahaya. Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian pada 406, meletakkannya dalam kategori sangat berbahaya, menurut Pemantauan Haze Harian Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).