Mercedes-Benz perkenal C-Class W206 facelift dengan gril baharu, MB.OS dan enjin dikemas kini
Mercedes-Benz telah mendedahkan C-Class W206 facelift, lima tahun selepas penampilan sulung generasi semasa. Kemas kini ini merangkumi reka bentuk luaran baharu dengan gril lebih besar yang menyala, lampu hadapan baharu, dan sistem operasi MB.OS terkini dengan pembantu AI bersepadu. Julat petrol menampilkan enjin M254 Evo yang dikemas kini dengan teknologi hibrid ringan, dan versi hibrid plug-in menawarkan jarak elektrik sehingga 100km.