Agrobank sasar RM200 juta untuk tanam semula sawit pekebun kecil
Agrobank menyasarkan pembiayaan RM200 juta kepada pekebun kecil sawit untuk penanaman semula pokok tua sehingga Oktober ini. Setakat ini, 4,380 permohonan bernilai RM190.99 juta telah diluluskan. Skim TSPKS 2.0 itu dilancarkan di Serdang oleh Menteri Perladangan dan Komoditi.