Kanak-kanak tiga tahun maut selepas jatuh dari Jambatan Victoria
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas jatuh melalui lubang di Jambatan Victoria di Enggor, Kuala Kangsar, semasa bercuti bersama keluarganya. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar.