Syarikat Thailand mahu kerjasama rakan Malaysia manfaat pensijilan halal JAKIM
Specialty Natural Products (SNPS), sebuah syarikat bahan ramuan semula jadi Thailand, menyatakan minat untuk bekerjasama dengan rakan kongsi Malaysia dalam pembangunan produk. Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan pensijilan halal Malaysia, yang dibangunkan JAKIM, sebagai platform untuk menembusi pasaran Timur Tengah. Kenyataan ini dibuat dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan media ke fasiliti syarikat itu.