44 artis Zeel Production sertai lawatan pelancongan Perlis sempena Hari Kebangsaan
Seramai 44 anak seni yang sering berlakon dalam drama terbitan Zeel Production menyertai rombongan melawat lokasi pelancongan di Perlis sempena sambutan Hari Kebangsaan. Program yang dianjurkan bersama Persatuan Anak Seni Perlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Tasik Melati, Gua Kelam dan Taman Herba.