Lima lelaki ditahan bergaduh di hadapan premis hiburan
Lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis hiburan di Pudu, Kuala Lumpur. Pergaduhan yang tular itu berpunca daripada perselisihan faham dalam kelab malam. Polis membuka kertas siasatan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk cubaan membunuh.