Peguam desak kerajaan dedah laporan kuasa DUN gubal undang-undang Islam
Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan sembilan yang lain memulakan petisyen mendesak kerajaan mendedahkan laporan Jawatankuasa Khas yang mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam. Jawatankuasa itu ditubuhkan pada Disember 2023 berikutan kes Nik Elin. Mereka berpendapat pendedahan laporan itu penting untuk pemahaman awam terhadap isu perlembagaan dan perundangan.