Tiga kawasan di Sarawak catat bacaan API berbahaya setakat 8 pagi
Setakat 8 pagi ini, tiga kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) pada tahap berbahaya, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi pada 320. Kuching dan Samarahan juga mencatat tahap berbahaya, manakala beberapa kawasan lain di Sarawak dan Sabah mencatat tahap sangat tidak sihat dan tidak sihat.