Norris akui layak gaji setaraf Hamilton, Verstappen selepas kontrak baharu McLaren
Lando Norris mengakui dia layak menerima gaji setaraf Lewis Hamilton dan Max Verstappen selepas menandatangani kontrak baharu lumayan bersama McLaren. Kontrak itu dilaporkan bernilai sekitar 30 juta pound (RM163.5 juta) setahun, meletakkannya sebagai pelumba ketiga berpendapatan tertinggi dalam F1.