TM tawarkan semua 73 saluran premium Unifi TV percuma kepada semua rakyat Malaysia sepanjang September
TM membuka kesemua 73 saluran premium Unifi TV, termasuk saluran eksklusif HBO dan Cinemax, secara percuma kepada semua rakyat Malaysia sehingga 30 September 2026. Tawaran ini adalah sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta ulang tahun TM yang ke-80. Selepas promosi ini, TM akan terus menawarkan 22 saluran secara percuma.