Ewe Hock: Gandingan semula Aaron-Wooi Yik mampu pulihkan prestasi terbaik
Bekas pemain negara, Ong Ewe Hock percaya gandingan semula Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dapat membantu mereka kembali ke prestasi terbaik selepas eksperimen BAM memisahkan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Lee Chong Wei mengesahkan pasangan itu akan bergandingan semula bermula jelajah Eropah pada Oktober. Ewe Hock juga mengingatkan bahawa kecederaan adalah faktor utama menjelang kelayakan Olimpik Los Angeles 2028.