PTVM mahu dialog berterusan kerajaan-industri selepas kontroversi drama Madu atau Racun
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menghormati pendirian kerajaan berhubung kontroversi drama Madu atau Racun, tetapi menegaskan kebebasan berkarya perlu diimbangi dengan garis panduan yang jelas. PTVM mencadangkan satu sesi libat urus industri kandungan digital membabitkan kerajaan, FINAS, MCMC dan JAKIM bagi mengelakkan salah faham pada masa depan.