SPRM tahan 11, VVIP mungkin didakwa dalam siasatan RCI Tabung Haji
Harian Metro
SPRM mengesahkan 11 individu telah ditahan reman dalam siasatan berhubung Laporan RCI Lembaga Tabung Haji. Ketua Pesuruhjaya SPRM juga tidak menolak kemungkinan seorang VVIP akan didakwa selepas siasatan terbaharu mengenai pelaburan Al Rawda di Arab Saudi selesai. Beberapa pertuduhan dijadualkan di mahkamah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.