SPRM: Siasatan kes bekas menteri Saravanan sulit, tidak boleh didedah
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman, berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan hasil siasatan terhadap bekas Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan, kerana ia bersifat sulit. Beliau juga memaklumkan SPRM masih belum menerima surat daripada Saravanan berhubung akuan bersumpah yang didakwa dihantar.