Lynas sahkan rundingan pengambilalihan awal tahun ini tidak diteruskan
Lynas Rare Earths, yang mengendalikan loji pemprosesan di Malaysia, mengesahkan ia telah mengadakan rundingan pengambilalihan awal tahun ini, tetapi perbincangan itu tidak diteruskan. Rundingan itu menyebabkan syarikat menangguhkan pencarian Ketua Pegawai Eksekutif baharu, satu kelewatan yang menerima kritikan daripada beberapa pelabur.