Kerajaan tamatkan kontrak pembekal baja MADA, penghantaran baki bermula esok
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengumumkan kerajaan telah menamatkan perkhidmatan Taveekun Manufacturing Sdn Bhd sebagai pembekal baja Baja 3 kepada pesawah MADA. Penghantaran baki baja akan bermula esok dan disasarkan selesai dalam tempoh 10 hari oleh Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd. Keputusan ini dibuat susulan kelewatan bekalan yang menjejaskan kira-kira 40,000 pesawah di kawasan MADA.