Serian, Kuching catat kualiti udara berbahaya; lima kawasan lain di Sarawak sangat tidak sihat
Sehingga 4 petang, ibu pejabat polis daerah Serian mencatatkan bacaan IPU berbahaya 325, manakala Kuching mencatatkan 309. Lima kawasan lain di Sarawak, termasuk Samarahan dan Sibu, mencatatkan bacaan sangat tidak sihat, dengan 16 stesen di seluruh negara pada tahap tidak sihat.