Konsert Kita Bagi Jadi anjuran CIMB, DBKL 'menjadi'
Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk Konsert Kita Bagi Jadi Ambang Merdeka, sebuah muzikal sejarah yang menampilkan 350 penghibur. Konsert anjuran CIMB dan DBKL itu menggabungkan muzik, penceritaan, dan perjalanan sejarah negara sempena sambutan Hari Kebangsaan.