Hoe Yean fokus ke final, elak beban sasaran pingat di Sukan Asia
Perenang negara, Khiew Hoe Yean, tidak mahu membebankan dirinya dengan sasaran pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan sebaliknya memberi tumpuan untuk mara ke final dalam acara 200m dan 400m gaya bebas. Dia mengakui persaingan di Asia semakin sengit dengan kehadiran perenang handal dari China, Korea Selatan dan Jepun.