AB Mauri Malaysia lancar program dua tahun untuk latih dan lengkapkan pembuat roti wanita
AB Mauri Malaysia melancarkan program 'Rise with Mauri' pada 27 Ogos di Kuala Lumpur, satu inisiatif CSR dua tahun untuk menyokong komuniti bakeri. Pelancaran yang diadakan bersama perusahaan sosial Ibupreneur itu termasuk kelas master untuk 20 wanita dan sumbangan tiga buah chiller untuk membantu usahawan dari rumah.