Tablet permainan RedMagic Astra 2 dilancarkan di Malaysia, dari RM3,599
RedMagic telah melancarkan tablet permainan Astra 2 di Malaysia, selepas kemunculan globalnya bulan lalu. Peranti ini dilengkapi pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5, paparan OLED 9.06 inci, dan dijual pada harga dari RM3,599. Jualan bermula pada 8 September 2026.