Jaringan UniMAP dengan lebih 300 pemain industri pastikan graduan relevan - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP bertitah kerjasama universiti dengan lebih 300 pemain industri membolehkan ia membangunkan model pendidikan yang memastikan graduan kekal relevan. Baginda bertitah demikian ketika mengetuai delegasi UniMAP melawat Universiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Vietnam-Korea di Da Nang. Jaringan itu merangkumi syarikat teknologi dan semikonduktor utama seperti Intel, Infineon dan Micron.