AirAsia dan Pegasus Airlines umum kerjasama laluan baharu ke Eropah
AirAsia Malaysia mengumumkan kerjasama komersial dengan syarikat penerbangan tambang murah Turki, Pegasus Airlines, pada Rabu (2 September). Perjanjian ini akan membuka laluan sambungan antara Asia Tenggara dan Eropah melalui Istanbul, bermula dengan lima bandar Eropah. AirAsia juga akan meningkatkan perkhidmatan laluan Kuala Lumpur-Istanbul menjadi penerbangan harian.