Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir Masters China
Beregu campuran Malaysia, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing, mara ke separuh akhir Masters China 2026 di Shenzhen selepas menewaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng dan Hsu Yin Hui, 24-22, 21-5. Ini adalah penampilan pertama mereka dalam empat terbaik kejohanan Super 750 sejak digandingkan.