Lapan mahasiswa Malaysia di UK sertai program komuniti di Daro, Sarawak
Lapan mahasiswa Malaysia yang menuntut di UK mengunjungi Surau Darul Ihsan, Kampung Badong di Daro, Sarawak sebagai sebahagian program SEED 2026. Program ini bertujuan mendekati masyarakat setempat melalui pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat, termasuk perkongsian tentang literasi kewangan. Pasukan SEED turut akan melawat Sarikei, Dalat dan Mukah.