Lelaki Sibu didenda RM10,000 miliki bahan penderaan seksual kanak-kanak, lucah
Seorang lelaki berumur 22 tahun di Sibu didenda sejumlah RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak dan kandungan lucah. Kesalahan itu ditemui pada telefon bimbit dan komputer ribanya di sebuah rumah di Lorong Lada 8A2A.