Bacaan IPU menurun di enam stesen Sabah, Sandakan dan Tawau kembali sederhana
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam stesen pemantauan di Sabah menurun setakat petang Khamis, dengan Sandakan dan Tawau kembali ke tahap sederhana. Empat stesen, termasuk Kota Kinabalu dan Keningau, masih berada pada tahap tidak sihat. Jabatan Alam Sekitar Sabah melaporkan tiada insiden kebakaran besar atau titik panas dikesan di negeri ini.