Pembenihan awan Perlis naikkan paras air Empangan Timah Tasoh ke paras tertinggi sejak Januari
Operasi pembenihan awan di Perlis membawa hujan ke hampir seluruh negeri, meningkatkan paras air Empangan Timah Tasoh daripada 27.00m kepada 27.15m. Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis memaklumkan bacaan ini adalah yang tertinggi sejak Januari dan berada dalam julat normal. Operasi itu bertujuan meningkatkan paras air di empangan utama selepas cuaca kering.