Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Serian, Sarawak, menurun kepada 390 setakat 7 pagi ini, namun masih dalam kategori berbahaya. Semalam, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian susulan bacaan IPU melebihi 500. Tiga lokasi lain di Sarawak merekodkan bacaan sangat tidak sihat.